Friday 16 December 2016

LOGO TERBARU EL-FARUEFI COUTURE

Assalam Faruefian semua! diharap semuanya dalam keadaan sihat dan ceria disamping keluarga dan sahabat tersayang.

Seperti yang kita sedia maklum, logo syarikat selain dari nama syarikat memainkan peranan yang sangat penting bagi menunjukkan keteguhan dan kekuatan bagi sesebuah syarikat itu. Logo syarikat yang mantap mencerminkan maksud syarikat itu sendiri. Sebagai contoh, Huruf KFC pada logo Kentucky Fried Chicken memberikan identiti korporat yang sangat kuat dimana apabila kita melihat logo tersebut sahaja kita sudah tahu yang ia adalah logo bagi restoran makanan segera yang menyediakan ayam goreng yang sangat sedap, SEHINGGA MENJILAT JARI!!!

Oleh itu, hari ini tercatit dalam sejarah latarbelakang Elfaruefi Couture dimana kami telah menaiktarafkan logo kami kepada yang lebih eksklusif bagi meningkatkan jenama kami agar mampu berdaya saing dengan butik-butik yang terkenal di Malaysia.

Logo lama Elfaruefi Couture berkonsepkan Palestin kerana 
waktu ini kami hanya menjual jubah dan blouse bertemakan
warna bendera Palestin sahaja.


Logo baru Elfaruefi Couture yang lebih eksklusif 
menampilkan ciri-ciri kemewahan pada pakaian kami 

     Dengan ini kami berharap agar jenama kami ini akan lebih dikenali dan diyakini oleh semua netizen di Malaysia, dan berharap juga mampu menembusi pasaran antarabangsa. AMIN3x! :)

Thursday 17 November 2016

KISAH POWERBANK YANG MENYEDIHKAN

Assalamualaikum Faruefian!

     Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai perniagaan reput kami yang kedua iaitu menjual PowerBank. Kenapa reput? bukan sebab tiada pelanggan tapi disebabkan kami dah malas, malas dengan kerenah pelanggan...hahaha

     Kisah perniagaan PowerBank dari el-Faruefi bermula datangnya dari seorang insan comel bernama Wani yang sentiasa berfikiran 200 tahun akan datang. Idea tercetus berkenaan penjualan PowerBank ini adalah disebabkan Wani sering mengadu masalah yang sering dihadapi olehnya iaitu bateri handphone miliknya cepat sangat lemah. Maklumlah, masa tu smartphone yang ada dipasaran kebanyakannya bateri berkapasiti kecil, Bateri berkapasiti besar pula dimonopoli oleh tablet. Rasanya macam tak sesuai pula nak pakai tablet ni, beg tangan besar pun dia tak larat nak bawa apalagi nak disumbat dengan tablet. Tapi walau bagaimana cara sekalipun, Wani terpaksa juga mencari satu PowerBank sebagai backup sekiranya bateri handphone lemah.

     Misi mencari PowerBank yang berkualiti dan murah dilakukan dalam Google Search dan di mudah.my. Mengikut pengalaman saya menggunakan PowerBank, antara ciri-ciri yang perlu dititikberatkan adalah kapasiti bateri, fungsi mengecas phone yang laju, kemampuan mengecas berulang kali dan casing yang tahan lasak. Saya pernah ditipu dengan seorang penjual yang mengatakan PowerBank yang dijual adalah original namun apabila PowerBank itu dicaj sepenuhnya, ia hanya mampu mengecas bateri handphone sebanyak sekali penuh sahaja. Hasil carian di internet, Wani telah menjumpai satu page di mudah.my yang menjual PowerBank dengan harga yang murah. Selepas diselidik berkenaan tahap keaslian PowerBank tersebut, kami membuat keputusan untuk membeli sebiji dahulu dan uji tahap kemampuannya.

     Alhamdulillah, PowerBank 20,000 mah jenama Pineng yang dibeli mampu mengecas phone sebanyak hampir 4 kali (masa tu Wani menggunakan Samsung Note 2). Kami membuat keputusan untuk menjadi pengedar bagi produk PowerBank PINENG dengan pelbagai variasi warna dan kapasiti mengikut kesesuaian para pelanggan. Antara harapan kami dalam menjual PowerBank ini adalah memberikan kepuasan kepada setiap pembeli dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik selepas jualan.

Pelbagai variasi PowerBank

     Terdapat banyak produk PowerBank yang dijual dikedai ini namun kami memilih untuk mengambil model PINENG disebabkan pembekal memberikan jaminan 1 tahun bagi setiap produk PINENG yang dijual pada kami. Kami juga turut menjual perkakasan phone yang lain seperti sticker PowerBank, USB Cable, Monopod, Wide Lens dan lain-lain bagi memperbanyakkan lagi produk kami. Pembekal juga memberi tips kepada kami kaedah penjagaan PowerBank yang sebenar supaya PowerBank yang digunakan bertahan lebih lama (dan mungkin mengelakkan kami berulang-alik datang kekedainya untuk claim warranty..hehe)

Powerbank + percuma pouchbag

Solid dan berat, lebam kalau kena kepala

Sticker PowerBank, comey tak?

PowerBank Solar, menakjubkan tak?

      Nak diceritakan masa meniaga PowerBank ini, rasa seronoknya lain macam sebab permintaan yang tinggi dari netizen dan pembeli COD. Penat tak boleh cakaplah, kesana-kesini menghantar kiriman barang COD ke pelanggan tapi semua tu tak kisahlah sebab berbaloi...hehe

Senarai pesanan dari pelanggan

      Perjalanan kami menjual PowerBank ini bertahan hanya 6 bulan. Keseronokan kami berakhir apabila seorang demi seorang pelanggan kami membuat aduan berkenaan masalah PowerBank yang membuatkan kami penat untuk berulang-alik ke kedai bagi menguruskan servis PowerBank yang bermasalah ini. Kami terima PowerBank rosak, kami hantar ke kedai, dalam dua minggu kami datang semula kekedai untuk ambil PowerBank dan pos semula ke pelanggan. Kos tersembunyi ini membuatkan kami tidak bertahan dan akhirnya mengundur diri sebagai peniaga PowerBank tetapi pelanggan-pelanggan yang menuntut warranty dari kami, tetap kami akan uruskan sebagai amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah kami ini... :)

Thursday 11 August 2016

PENGALAMAN PERTAMA KAMI JOIN CARBOOT SALE

Assalamualaikum Faruefian semua!!!


   Ramai yang pertama kali berniaga secara terbuka di tempat awam akan terkebil-kebil dan risau mengenai apa yang perlu disediakan, apa yang perlu dipatuhi dan apa yang dilarang ketika berniaga di sebuah kawasan perniagaan yang besar seperti di karnival.  Itulah yang terjadi kepada saya dan Wani. Beria nak meniaga tapi tak tahu persediaan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

   Hari ini kami ingin berkongsi pengalaman el-Faruefi kepada anda semua mengenai kisah pertama kali kami berniaga secara terbuka di Karnival. Sebelum itu, konsep perniagaan kami adalah seperti biasa iaitu 'KITA REDAH JER'...hehe

   Suatu hari, Wani menelefon saya dengan nada teruja sambil memberi pendapat kepada saya "Jom kita buka Car Boot Sale nak tak? modal murah jer, kat Bangi depan PKNS". Then apa yang terlintas dalam kepala ni adalah Car Boot Sale ni biasanya jual barang-barang terpakai kan? hmmm... "So berapa dia caj untuk sewa tapak tu?" saya berseloroh sambil mengunyah keropok Ikan Tamban Terengganu goreng sebagai kudapan petang.  "Rm15 jer setapak, Sabtu depan, ok tak?" jawab Wani lagi dengan suara penuh pengharapan. "Macam tu kira on jerla, kalau tak laku pun takderlah banyak sangat ruginya" fikir saya dengan positifnya.


Contoh Konsep Car Boot Sale di Malaysia

   Hari program tu berlangsung, seawal pukul 8.00 pagi lagi kami dah sampai di tapak niaga. Dah namanya adat, bila main redah jer mulalah macam-macam tak tahu, nak bayar sewa tapak dengan siapa? nak meniaga kat mana? masa tu semua persoalan baru nak timbul. Keliru tapak niaga mana yang sepatutnya kami pacak tiang khemah ni, kami pun bertanya pada petugas yang ada disitu. Akhirnya kami mendapat satu tapak yang keluasannya hanya seluas keadaan parkir kereta secara menegak. "Oh, camni rupanya Car Boot Sale" bisik hati sambil melihat peniaga disebelah sedang memasang mini khemah. kami pun tanpa berlengah mula mengeluarkan segala barang yang ingin dijual termasuk memasang payung besar yang dipinjam dari kawan ayah Wani (masa tu tak ada khemah lagi, baru meniagalah katakan). Hampir separuh kerja-kerja kami menyiapkan susun atur barang, tiba-tiba kami didatangi dua orang petugas dan kemudian menegur kami, "bang, dekat kawasan ni hanya menjual barangan terpakai sahaja, maaf yer?" kata salah seorang petugas dengan muka sememeh. Sabar jerlah kami dengan dua orang petugas ni, "Tadi masa susun-susun barang takder pula diorang ni tegur, dah hampir siap baru nak cakap!" bentak hati ni tapi kata-kata yang tersembul dari mulut ini hanyalah "baiklah cik, sebentar lagi kami kesana"

    Selepas berbincang dengan petugas, kami telah diarahkan untuk berpindah ke satu lagi kawasan Car Boot Sale yang berada sangat jauh dari kawasan tapak niaga kami tadi. Dengan hati yang sayu, kami membungkus semula barang-barang jualan dan mencari tapak niaga yang disebutkan. "Jangan putus asa, ni ujian kita yang pertama awak, setiap ujian pasti akan membuahkan hasilnya" kata saya untuk melegakan perasaan down Wani yang dari tadi termenung melihat pemandangan luar melalui cermin tingkap kereta.

   Sesampainya kami di tapak niaga yang baru, kami dapati tiada siapa pun yang ada disitu. Rasanya kami berdua jer yang nampak bersungguh untuk berniaga ni, "Mana yang lain ni? betul ke tempat ni?" intonasi saya semakin meninggi setinggi matahari yang ada diatas kepala ni. "betullah, kan petugas tu dah beritahu tapak kita dekat sini" jawab Wani kembali. "Ok awak, jomlah kita setup barang-barang semua, cepat pasang cepatlah kita lepak.

sesi menyusun barang-barang jualan

    Alhamdulillah, makin lama makin ramai peniaga sampai ke kawasan niaga ini menandakan tempat kami nanti akan ada tarikan dari pengunjung. "Awak, kita kena disiplin dalam berniaga ni, duit pecah kena sentiasa ada, jubah-jubah yang terjual perlu digantikan dengan jubah lain, duit untung kita ni kita asingkan untuk disedekahkan ke Palestin, lagi satu..." saya ternampak sesuatu yang pelik dengan gerai saya ni. "Alamak! payung kita ni payung PEPSI laaa!" sambil menepuk dahi. Apa dah jadi ni? jual Jubah Gaza, support Palestin tapi pakai payung PEPSI, kroni ISRAEL! aduhhh... Kami memandang sesama sendiri dan gelak besar sampai ada beberapa pengunjung melihat gelagat kami.

Dibawah Payung Pepsi  kami berniaga

Perniagaan kami agak hambar disini, pengunjung tak banyak yang lalu kawasan ni. Ramai yang masuk dan terus menuju ke perkarangan tapak karnival yang terletak hampir 200 meter dari tapak kami. Matahari dah semakin terik, bekal yang umi dan abah Wani bawa telah habis dijamah. Sesuatu perlu dilakukan. "Awak, kita kena buat sesuatu ni, orang tak ramai masuk la tempat kita ni?" tegasku. "Haahla, kita kena tukar lokasi, tapi macamana dengan tapak kita ni?" soal Wani semula. "Kita biar jer tapak kita nih, kita kena cari port lain, dahla panas, abang taknak kulit abang melekat dengan tar jalan nanti" terkeluar kata-kataku seakan menyindir. "Habis kita nak pasang kat mana pula bang?" soal Wani yang semakin bingung dengan rancangan saya. "Kita kemas dulu barang-barang ni dan jom ikut abang kesana" sambil menunjukkan satu laluan berpokok yang agak rimbun daunnya.


Tada.... lokasi baru gerai kami

Nampak tak permainan kami? hahaha... Inilah hasilnya, berniaga ditempat yang tak sepatutnya. Habis jubah-jubah kami gantung di ranting-ranting pokok. Sebenarnya tempat kami ini sangat berangin, penyidai yang kami gunakan untuk menggantung jubah selalu terjatuh ketanah membuatkan kami mencari alternatif baru dengan menggantung segala pakaian pada ranting-ranting pokok. 

Opismate turut sama bagi sokongan atas perniagaan kami

Angin kuat membuatkan jubah kami menari-nari diawangan

Ternyata tempat baru yang kami pilih ini sangat-sangat berkesan. Pengunjung yang melalui jalan ini pasti akan melihat jubah yang kami jual ini. 70 peratus dari jubah kami telah berjaya dijual manakala selebihnya tidak dapat dijual, itupun disebabkan masalah saiz. Alhamdulillah, mungkin keuntungan kami ini sedikit sebanyak adalah disebabkan niat kami yang ingin menyalurkan sedikit bantuan kewangan ke Palestin yang sedang bergolak. Kami meniaga sehingga maghrib dan pulang kerumah dengan senyuman sehingga ke telinga. 

Duit sumbangan hasil kutipan dari keuntungan kami

Keesokan paginya Wani menelefonku dan berkata"Jom kita join Karnival lagi nak tak?" dengan nada cergas. Saya dengan nada yang pura-pura cergas pula menjawab "InsyaAllah kalau tak ada program" sambil mengurut tapak kaki yang masih lenguh akibat lama berdiri semalam.

Sekian perkongsian kami pada kali ini, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis...hehe

Wednesday 10 February 2016

HONEYMOON PERTAMA KAMI DI BUKIT FRASER

                                                         Assalamualaikum ...
                                              Miss Wani da sah jadi isteri orang !!

Alhamdulillah , entri lalu Wani ada ceritakan kisah pernikahan kami yang hanya sekali lafaz sahaja ..
Selepas selesai kami akad nikah , kami da rancang untuk pergi holiday ke Bukit Fraser yang terletak di Pahang Darul Makmur .  Masa tu eksitednyaaa melebih-lebih . Dalam kepala nie da ligt kepala pikir nak ke mana da sampai nanti . Kalau bole semua tempat nak pergi . hehe ..

Perjalanan terasa tidak jauh , hanya memakan masa selama 3 jam sahaja .  Kami berhenti sektika di sebuah empangan sebelum meneruskan perjalan menaiki bukit Fraser .
                                                             

                                            Hari pertama



Kami sampai tepat jam 2 tengahri . Selepas tibanya di Puncak Fraser , kami terus check in hotel yang terletak di hadapan menara Bukit Fraser . Hotel yang diberi nama Puncak Inn .  Kami diberi bilik paling tinggi . Udara sejuk dapat dihirup tatkala melangkah keluar dari bilik . Terasa ketar lutut seperti udara penghawa dingin 16 darjah celcius . Ketika kami sampai cuaca di sini tidak oke .  Hujan mulai terun membasahi bumi dan diri kami . 

Hadapan Hotel Puncak Inn ..

Pintu bilik 


Di dalam bilik Puncak Inn ..

Selepas selesai tanggungjawab kepada Allah . Kami bersiar-siar berjalan kaki ke lereng bukit . Maklum la ,  di sini sangat susah hendak mencari tempat meletak kereta . Kami membuat keputusan untuk menghidup udara segr sambil berjalan kaki berpegangan tangan . Swetttnyaa ! hehee ..






Menara Bukit Fraser


Perpustakaan Fraser 

Halaman Perpustakaan Fraser . Cantik !

Ketika dalam perjalanan , kami temukan sebuah tempat yang sangat cantik . Wani ingat ini adalah rumah . Ternyata hati kecilku berkata adalah salah sama sekali . Ini merupakan restoran mewah yang hanya mampu dimasuki oleh orang kenamaan . Kalau anda terasa nak cuci pinggan dialu-alukan 
untuk menikmati hidangan di sini . Hiasan2 yang sangat unik mampu memukau mata sesiapa sahaja melihatya ..

Perjalanan amat melelahkan , entah berapa kali mencari kerusi untuk berehat sebentar bersama kitkat pun tak tahu , da lama sebanrnya tidak mengaktif diri bagi menghapuskan lemak yang berkilo dalam perut ni .. 


Hembusan angin dingin seperti mengulitku untuk terus berehat . Tetapi keadaan memaksa untuk meneruskan perjalanan kerana matahari mula menunjukkan tanda untuk tenggelam . Segarnya udara di sini ditambah dengan hujan mulai turun sedikit demi sedikit . Akhirnya , kami sampai di suatu 
kawasan


Taman Awam di Bukit Fraser 

Sempat juga kami melirikkan mata melihat kanak-kanak riang ria bermain di sini . Suasana di sini amat riuh tambahan lagi pelbagai masyarat dari negara eropah turut hadir di sini

Permainan belon gergasi di taman awam


Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang ini untuk menambahkan pendapatan dengan menyediakan kereta permainan dan kasut beroda . Kami terjumpa 1 tempat makan khusus untuk pelancong yang hadir di Fraser . Suasa dan menunjukkan jam 6.30 p.m .

Kabus mulai munculakn diri

Memandangkan restoran2 di sini amat terhad . Kami membungkus makanan di sini untuk mengisi perut kelak kalau lapar . Takda la ada gastrik nanti . hehe ..

Cermin mata En Husband da mula berkabus 

Kami terus pulang memandangkan hari mulai gelap . Kabus amat tebal di sini , suasana sunyi lagi menyeramkan kami untuk berjalan kaki pulang ke hotel . 

Hari ke 2

Selepas selesai membersihkan diri , kami terus turun untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh warga Puncak Inn





Selepas selesai menjamah makanan di sini . Kami harus menyelesaikan pesanan dari pelanggan2 kami untuk membuat pengeposan pakaian dari EL-FARUEFI di sini . Tanggungjawab adalajh keutamaan kami sebelum meneruskan aktiviti yang lain .

Poslaju di Bukit Fraser 

Selepas menyelesaikan tugasan , kami meneruskan aktiviti ke Allan's water .




Tiket untuk mengayuh bot di sini tidak mahal , hanya rm9 sahaja dalam tempoh 15 minit . 


                                                            Memberi ikan makan




Selepas penat mengayuh , kami ke Fraser Edible Garden . Masuk adalah PERCUMA ! 

                                                   Pintu hadapan Fraser Edible Garden 

Kalau nak dapatkan sayur2 yang segar dari kebun . Tempat ini amat2 banyak tumbuh-tumbuhan yang ditanam sendiri oleh masyarakat tempatan . 

Pokok Lavendar

Pokok ini amat2 cantik dengan mengeluarkan bau-bauan yang sangat wangi . 



Penggemar pokok amat sesuai untuk berkunjung ke sini . Pelbagai pilihan pokok yang menarik di sini pada harga yang amat berptutan . Wani pokok ni xberapa minat . hehe.. 




Kawasan tanaman kobis 
Pekerja kebun sedang mengambil kobis

Bagi siapa yang tak kenal pokok kobis , boleh lihat gambar di atas . 
Harga yang ditawarakn tidak mahal , hanya 3 biji RM10 . 
Besar2 pula tu kobis disini . 



Keadaan tak mengizinkan untuk kami terus di sini . Kesihatan mula menunjukkan perubahan yang negatif . Kami terpaksa pulang dengan kadar segera agar keadaan tidak menjadi lebih teruk . Kami hanya mentetap di Bukit Fraser 2 hari 1 malam sahaja . InsyaAllah ada umur kita ke sini lagi . Terima kasih sudi membaca kisah kami. Assalamualaikum !