Miss Wani da sah jadi isteri orang !!
Alhamdulillah , entri lalu Wani ada ceritakan kisah pernikahan kami yang hanya sekali lafaz sahaja ..
Selepas selesai kami akad nikah , kami da rancang untuk pergi holiday ke Bukit Fraser yang terletak di Pahang Darul Makmur . Masa tu eksitednyaaa melebih-lebih . Dalam kepala nie da ligt kepala pikir nak ke mana da sampai nanti . Kalau bole semua tempat nak pergi . hehe ..
Perjalanan terasa tidak jauh , hanya memakan masa selama 3 jam sahaja . Kami berhenti sektika di sebuah empangan sebelum meneruskan perjalan menaiki bukit Fraser .
Hari pertama
Kami sampai tepat jam 2 tengahri . Selepas tibanya di Puncak Fraser , kami terus check in hotel yang terletak di hadapan menara Bukit Fraser . Hotel yang diberi nama Puncak Inn . Kami diberi bilik paling tinggi . Udara sejuk dapat dihirup tatkala melangkah keluar dari bilik . Terasa ketar lutut seperti udara penghawa dingin 16 darjah celcius . Ketika kami sampai cuaca di sini tidak oke . Hujan mulai terun membasahi bumi dan diri kami .
Hadapan Hotel Puncak Inn ..
Pintu bilik
Di dalam bilik Puncak Inn ..
Selepas selesai tanggungjawab kepada Allah . Kami bersiar-siar berjalan kaki ke lereng bukit . Maklum la , di sini sangat susah hendak mencari tempat meletak kereta . Kami membuat keputusan untuk menghidup udara segr sambil berjalan kaki berpegangan tangan . Swetttnyaa ! hehee ..
Menara Bukit Fraser
Perpustakaan Fraser
Halaman Perpustakaan Fraser . Cantik !
Ketika dalam perjalanan , kami temukan sebuah tempat yang sangat cantik . Wani ingat ini adalah rumah . Ternyata hati kecilku berkata adalah salah sama sekali . Ini merupakan restoran mewah yang hanya mampu dimasuki oleh orang kenamaan . Kalau anda terasa nak cuci pinggan dialu-alukan
untuk menikmati hidangan di sini . Hiasan2 yang sangat unik mampu memukau mata sesiapa sahaja melihatya ..
Perjalanan amat melelahkan , entah berapa kali mencari kerusi untuk berehat sebentar bersama kitkat pun tak tahu , da lama sebanrnya tidak mengaktif diri bagi menghapuskan lemak yang berkilo dalam perut ni ..
Hembusan angin dingin seperti mengulitku untuk terus berehat . Tetapi keadaan memaksa untuk meneruskan perjalanan kerana matahari mula menunjukkan tanda untuk tenggelam . Segarnya udara di sini ditambah dengan hujan mulai turun sedikit demi sedikit . Akhirnya , kami sampai di suatu
kawasan
Taman Awam di Bukit Fraser
Sempat juga kami melirikkan mata melihat kanak-kanak riang ria bermain di sini . Suasana di sini amat riuh tambahan lagi pelbagai masyarat dari negara eropah turut hadir di sini
Permainan belon gergasi di taman awam
Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang ini untuk menambahkan pendapatan dengan menyediakan kereta permainan dan kasut beroda . Kami terjumpa 1 tempat makan khusus untuk pelancong yang hadir di Fraser . Suasa dan menunjukkan jam 6.30 p.m .
Kabus mulai munculakn diri
Memandangkan restoran2 di sini amat terhad . Kami membungkus makanan di sini untuk mengisi perut kelak kalau lapar . Takda la ada gastrik nanti . hehe ..
Cermin mata En Husband da mula berkabus
Kami terus pulang memandangkan hari mulai gelap . Kabus amat tebal di sini , suasana sunyi lagi menyeramkan kami untuk berjalan kaki pulang ke hotel .
Hari ke 2
Selepas selesai membersihkan diri , kami terus turun untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh warga Puncak Inn
Poslaju di Bukit Fraser
Selepas menyelesaikan tugasan , kami meneruskan aktiviti ke Allan's water .
Tiket untuk mengayuh bot di sini tidak mahal , hanya rm9 sahaja dalam tempoh 15 minit .
Memberi ikan makan
Selepas penat mengayuh , kami ke Fraser Edible Garden . Masuk adalah PERCUMA !
Pintu hadapan Fraser Edible Garden
Kalau nak dapatkan sayur2 yang segar dari kebun . Tempat ini amat2 banyak tumbuh-tumbuhan yang ditanam sendiri oleh masyarakat tempatan .
Pokok Lavendar
Pokok ini amat2 cantik dengan mengeluarkan bau-bauan yang sangat wangi .
Penggemar pokok amat sesuai untuk berkunjung ke sini . Pelbagai pilihan pokok yang menarik di sini pada harga yang amat berptutan . Wani pokok ni xberapa minat . hehe..
Kawasan tanaman kobis
Pekerja kebun sedang mengambil kobis
Bagi siapa yang tak kenal pokok kobis , boleh lihat gambar di atas .
Harga yang ditawarakn tidak mahal , hanya 3 biji RM10 .
Besar2 pula tu kobis disini .
Keadaan tak mengizinkan untuk kami terus di sini . Kesihatan mula menunjukkan perubahan yang negatif . Kami terpaksa pulang dengan kadar segera agar keadaan tidak menjadi lebih teruk . Kami hanya mentetap di Bukit Fraser 2 hari 1 malam sahaja . InsyaAllah ada umur kita ke sini lagi . Terima kasih sudi membaca kisah kami. Assalamualaikum !
Is it legal to play casino games for money without winning real money?
ReplyDeleteCan 김천 출장안마 someone win real 김포 출장안마 money with a no-deposit casino? If 구리 출장마사지 you're not 정읍 출장마사지 playing for real money, 군산 출장마사지 do not forget to check out our FAQ's.