Thursday 17 November 2016

KISAH POWERBANK YANG MENYEDIHKAN

Assalamualaikum Faruefian!

     Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai perniagaan reput kami yang kedua iaitu menjual PowerBank. Kenapa reput? bukan sebab tiada pelanggan tapi disebabkan kami dah malas, malas dengan kerenah pelanggan...hahaha

     Kisah perniagaan PowerBank dari el-Faruefi bermula datangnya dari seorang insan comel bernama Wani yang sentiasa berfikiran 200 tahun akan datang. Idea tercetus berkenaan penjualan PowerBank ini adalah disebabkan Wani sering mengadu masalah yang sering dihadapi olehnya iaitu bateri handphone miliknya cepat sangat lemah. Maklumlah, masa tu smartphone yang ada dipasaran kebanyakannya bateri berkapasiti kecil, Bateri berkapasiti besar pula dimonopoli oleh tablet. Rasanya macam tak sesuai pula nak pakai tablet ni, beg tangan besar pun dia tak larat nak bawa apalagi nak disumbat dengan tablet. Tapi walau bagaimana cara sekalipun, Wani terpaksa juga mencari satu PowerBank sebagai backup sekiranya bateri handphone lemah.

     Misi mencari PowerBank yang berkualiti dan murah dilakukan dalam Google Search dan di mudah.my. Mengikut pengalaman saya menggunakan PowerBank, antara ciri-ciri yang perlu dititikberatkan adalah kapasiti bateri, fungsi mengecas phone yang laju, kemampuan mengecas berulang kali dan casing yang tahan lasak. Saya pernah ditipu dengan seorang penjual yang mengatakan PowerBank yang dijual adalah original namun apabila PowerBank itu dicaj sepenuhnya, ia hanya mampu mengecas bateri handphone sebanyak sekali penuh sahaja. Hasil carian di internet, Wani telah menjumpai satu page di mudah.my yang menjual PowerBank dengan harga yang murah. Selepas diselidik berkenaan tahap keaslian PowerBank tersebut, kami membuat keputusan untuk membeli sebiji dahulu dan uji tahap kemampuannya.

     Alhamdulillah, PowerBank 20,000 mah jenama Pineng yang dibeli mampu mengecas phone sebanyak hampir 4 kali (masa tu Wani menggunakan Samsung Note 2). Kami membuat keputusan untuk menjadi pengedar bagi produk PowerBank PINENG dengan pelbagai variasi warna dan kapasiti mengikut kesesuaian para pelanggan. Antara harapan kami dalam menjual PowerBank ini adalah memberikan kepuasan kepada setiap pembeli dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik selepas jualan.

Pelbagai variasi PowerBank

     Terdapat banyak produk PowerBank yang dijual dikedai ini namun kami memilih untuk mengambil model PINENG disebabkan pembekal memberikan jaminan 1 tahun bagi setiap produk PINENG yang dijual pada kami. Kami juga turut menjual perkakasan phone yang lain seperti sticker PowerBank, USB Cable, Monopod, Wide Lens dan lain-lain bagi memperbanyakkan lagi produk kami. Pembekal juga memberi tips kepada kami kaedah penjagaan PowerBank yang sebenar supaya PowerBank yang digunakan bertahan lebih lama (dan mungkin mengelakkan kami berulang-alik datang kekedainya untuk claim warranty..hehe)

Powerbank + percuma pouchbag

Solid dan berat, lebam kalau kena kepala

Sticker PowerBank, comey tak?

PowerBank Solar, menakjubkan tak?

      Nak diceritakan masa meniaga PowerBank ini, rasa seronoknya lain macam sebab permintaan yang tinggi dari netizen dan pembeli COD. Penat tak boleh cakaplah, kesana-kesini menghantar kiriman barang COD ke pelanggan tapi semua tu tak kisahlah sebab berbaloi...hehe

Senarai pesanan dari pelanggan

      Perjalanan kami menjual PowerBank ini bertahan hanya 6 bulan. Keseronokan kami berakhir apabila seorang demi seorang pelanggan kami membuat aduan berkenaan masalah PowerBank yang membuatkan kami penat untuk berulang-alik ke kedai bagi menguruskan servis PowerBank yang bermasalah ini. Kami terima PowerBank rosak, kami hantar ke kedai, dalam dua minggu kami datang semula kekedai untuk ambil PowerBank dan pos semula ke pelanggan. Kos tersembunyi ini membuatkan kami tidak bertahan dan akhirnya mengundur diri sebagai peniaga PowerBank tetapi pelanggan-pelanggan yang menuntut warranty dari kami, tetap kami akan uruskan sebagai amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah kami ini... :)

No comments:

Post a Comment