Tuesday 28 February 2017

PENGALAMAN DI SEMINAR SIFUFBADS

       Apa khabar Faruefian semua! Diharap semuanya berada dalam rahmat Allah, tuhan yang Maha Agung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Harini saya ingin berkongsi pengalaman EL-FARUEFI menuntut ilmu marketing di Seminar SifuFBads yang bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2017 yang lepas.

       Pagi-pagi lagi seawal pukul 7.00 pagi kami telah mula bertolak menuju ke Wisma MCA. Perut makin berkeroncong menandakan kami perlu singgah dima-mana tempat dahulu untuk bersarapan. Nasib baik disebabkan terlepas jalan dapatlah kami singgah di kedai 7eleven untuk membeli roti dan air. Kelihatan sangat ramai peserta membanjiri pintu masuk wisma ni, semuanya dengan misi yang berbeza, ada yang baru ingin belajar cara-cara marketing, ada yang ingin mempertajamkan ilmu yang pernah dipelajari dan macam-macam lagi. Bagi saya, saya datang kesini hanya untuk memahami konsep marketing dan psikologi pelanggan memandangkan teknik-teknik asas marketing pernah dipelajari masa mengikuti kursus anjuran Dr. Azizan Osman sebelum ini.


Pesera-peserta yang hadir di Seminar SifuFBads

       Tepat pukul 8.15 Pagi, pintu dewan dibuka dan salah seorang dari krew memberi arahan supaya memberi laluan kepada ibu-ibu mengandung untuk masuk kedalam dewan terlebih dahulu bagi mengelakkan pelanggaran antara sesama peserta. Kemudian krew memberitahu supaya perempuan pula dibenarkan memasuki dewan."Boleh ke aku duduk sebelah wife aku ni?' tiba-tiba hati ini berkata sendiri. Tiba-tiba datang idea spontan "Awak, nanti duduk kat bahagian tepi perempuan tau, then kerusi lelaki yang kat sebelah tu awak booking siap-siap yer?" sempat juga saya berpesan pada wani last-last minit.

Dapat juga kami duduk bersebelahan...hehe

    Macam-macam perkara kami belajar di seminar ini. Ada perkara yang saya pelajari disini yang sebelumnya saya alpa ketika membuat iklan di FB. Antara perkara yang sangat penting itu adalah Copywriting Headline. Apa itu Copywriting Headline? Copywriting Headline adalah susunan ayat/perkataan yang kita gunakan untuk menarik perhatian pembaca/pembeli untuk membeli produk/perkhidmatan yang kita tawarkan. Pada waktu topik ini dibentangkan oleh Sifu Jamal (Tokey besar SifuFBads), mulut saya ternganga seluas-luasnya disebabkan saya tak pernah menitikberatkan hal ini didalam iklan saya. Kesan penguasaan Copywriting Headline ini tersangatlah besar sehingga mampu melonjakkan produk/perkhidmatan anda di FB setinggi LANGIT!.

Sesi perkongsian ilmu dari peserta lama SifuFBads

     Waktu rehat yang diberikan tengahari itu membuatkan kami terkejar-kejar. Mana taknya, keluar pukul 1 tengahari masuk semula pukul 2 petang, masa bila nak makan, nak solat. Step pertama kami adalah, jadi antara yang pertama yang keluar awal dari dewan ini! haha... 

      Ketika kami menjamu selera tengahari di luar dewan, tiba-tiba kelihatan beberapa peserta mengerumuni seorang wanita ini. Sayup-sayup penglihatan kami, kami dapat mengecam susuk tubuh ini bukan seorang yang asing bagi kami, Pn. Erna De'Xandra! kami pun tanpa  berlengah membasuh tangan dan bertemu dengan beliau. Rupa-rupanya beliau ni takderlah sombong seperti sesetengah orang yang popular. Ingat lagi apabila Pn Erna menghulur tangan ke Wani, Wani pun menjawab dengan muka tersipu-sipu"Alamak, tangan saya basah lagilah puan, tak payah salamlah". Pn erni tersenyum dan berkata "ahh, takper". Saya yang sedang memegang henfon untuk berselfie ni mula tersengih-sengih. "Puan, kita ambil gambar bersama yer?" kata Wani dan Puan Erna mengangguk tanda setuju.
Posing seorang yang pemalu...hehe

      Kami masuk semula kedewan seminar pada pukul 2.10 petang dalam keadaan lemah-longlainya. Kami menyambung pembelajaran kami disini sehingga ke malam. Rupa-rupanya ada satu slot khas didalam seminar ini iaitu perasmian buku dari Pn. Erna De'Xandra! Wow! tersangatlah bertuahnya kami apabila ada sekali didalam perasmian ini.
Berposing depan replika perasmian Buku Erna De'Xandra

Buku-Buku Erna De'Xandra turut dijual disini dengan harga promosi

        Seminar akhirnya tamat pukul 11.30malam. Tersangatlah letih dan tepunya otak ini dengan ilmu marketing. Jahat betul Sifu Jamal ni, dah tau otak kita boleh menampung memori kecil jer satu-satu masa, dia bleh sumbat berpuluh-puluh teknik pemasaran lak. Seronok tau seminar ni, kami syorkan sesiapa yang ingin menguasai ilmu marketing untuk datang ke Seminar macam ni.

Kenang-Kenangan, biar jer kat situ sampai esok..haha

      Sekian sahaja perkongsian kami pada hari ini, diharap para pembaca terhibur dengan kisah kami ini. Terima kasih kerana sudi membaca!

No comments:

Post a Comment