Sunday 31 December 2017

Nantikan 2 HARI LAGI !



Nantikan kemunculan rekaan terbaru kami di Elfaruefi Ekslusif! Promosi GILA-GILA bagi pelancaran jubah dan baju kurung yang pastinya membuatkan anda menggigil keresahan sekiranya tidak dapat memilikinya!


Monday 20 March 2017

JUBAH ELFARUEFI VERSI KARTUN!

Assalam Faruefian!

Harini kami ingin share keseronokan kami apabila Jubah El-Laisha kami telah dikartunkan oleh kawan lama kami, Zakri namanya.

Comel Kan?

Sebenarnya kawan kami ini sebenarnya adalah salah seorang penulis novel kanak-kanak yang sangat populer dikalangan peminat novel kanak-kanak di Malaysia. Karya terbaru yang dihasilkan oleh beliau adalah 'KAKI KOMIK' yang menceritakan seorang kanak-kanak yang meminati komik sehingga kehidupannya juga terbawa-bawa seperti didalam kisah komik yang dibacanya. Kawan kami ini turut menyelitkan lukisan beliau dalam novel ini

Fuh Hebat!

Yang agak terharunya apabila namaku turut dilampirkan sekali sebagai penghargaan terhadap penghasilan buku ini..CHEEWAHHH!!!

Bangganya diriku! haha!

Akhir kalam, semoga beliau terus sukses dengan apa juga perkara yang dijalankan. Terima kasih kerana sudi membaca!

Thursday 9 March 2017

JUBAH EL-LAISHA MELETUP DIPASARAN!


Assalam dan selamat sejahtera Faruefian semua!

Hari ini telah tercipta satu sejarah pada Elfaruefi Couture dimana JUBAH EL-LAISHA telah mencapai likers yang tertinggi dibandingkan dengan produk kami yang lain iaitu sebanyak 3,000+ LIKERS! Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada faruefian semua kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami bermula dari pembukaan Page Elfaruefi Couture.  Diharap agar Elfaruefi Couture akan terus menyinar dari hari ke hari, AMIN!!!

Rekod pencapaian tertinggi Elfaruefi Couture

[NEW ARRIVAL]: BLOUSE EL-HAURA'

Assalam Faruefian!!!

Bagi pencinta-pencinta jubah dan blouse Elfaruefi Couture sekalian, kami dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa kami baru sahaja melancarkan blouse terbaru kami yang dinamakan BLOUSE EL-HAURA'! Mai-mai semua tengok!

Blouse El-Haura'

Pencetus kepada nama blouse ini datangnya dari nama anak saudara kami yang bernama Nur Aisy Haura' (Kredit untuk kakti! hehe). Blouse ini didatangkan dengan empat warna yang mengancam jiwa lara iaitu MAROON, EMERALD, BROWNISH dan REDDISH.

MAROON

EMERALD GREEN

BROWNISH

REDDISH

Sebagai menghormati peminat-peminat kami, kami akan menjual blouse ini dengan harga yang SANGAT-SANGAT MURAH!!! RM29.95 SAHAJA!!! Cepat rebut peluang ini!



P/s:  Jangan tunggu lama-lama tau, kami memang terkenal dengan stok yang cepat sangat habis! hehe...

Wednesday 1 March 2017

REVIEW ARTIS: ADIELA SAFIYYANI

Asssalam Faruefian semua!

Anda kenal dengan Adiela Safiyyani? Bagi peminat-peminat fesyen tanahair, nama personaliti ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi mereka. Adiela Safiyyani adalah merupakan salah seorang model hijab paling terkenal di Malaysia dimana beliau banyak dipanggil untuk menjadi model bagi butik-butik terkenal seperti:

jubahsouq
zefikscollection
shawlbyvsnow
shawlpublika,
gayekinisha dan banyak lagi.

Kini, kami di ELFARUEFI COUTURE mengambil kesempatan ini turut sama mendapatkan khidmat review dari Adiela sebagai penyeri kepada Page FB kami dan kami sangat teruja dengan hasil shooting yang diambil oleh team beliau.

 Comelnyer Adiela Safiyyani!!!

Ok, ni bab yang sangat best! Review dari Adiela dengan memakai Jubah EL-LAISHA telah menerima l200++ like dalam tempoh TAK SAMPAI 5 JAM!!! Kami terlalu risau stok EL-LAISHA yang ada pada kami tidak mencukupi kerana semakin ramai pelanggan membanjiri Whatsapp kami dengan membuat order yang banyak. Syukur, kami telah berjaya untuk restok semula JUBAH EL-LAISHA dari kilang dan memenuhi impian Faruefian semua untuk mengenakan jubah kami ini.

Sebahagian parcel yang diorder oleh Faruefian

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan kepercayan kepada kami dalam membekalkan anda semua pakaian yang PALING CANTIK, PALING BERKUALITI dan PALING DIGILAI SEMUA! :)

Tuesday 28 February 2017

PENGALAMAN DI SEMINAR SIFUFBADS

       Apa khabar Faruefian semua! Diharap semuanya berada dalam rahmat Allah, tuhan yang Maha Agung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Harini saya ingin berkongsi pengalaman EL-FARUEFI menuntut ilmu marketing di Seminar SifuFBads yang bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2017 yang lepas.

       Pagi-pagi lagi seawal pukul 7.00 pagi kami telah mula bertolak menuju ke Wisma MCA. Perut makin berkeroncong menandakan kami perlu singgah dima-mana tempat dahulu untuk bersarapan. Nasib baik disebabkan terlepas jalan dapatlah kami singgah di kedai 7eleven untuk membeli roti dan air. Kelihatan sangat ramai peserta membanjiri pintu masuk wisma ni, semuanya dengan misi yang berbeza, ada yang baru ingin belajar cara-cara marketing, ada yang ingin mempertajamkan ilmu yang pernah dipelajari dan macam-macam lagi. Bagi saya, saya datang kesini hanya untuk memahami konsep marketing dan psikologi pelanggan memandangkan teknik-teknik asas marketing pernah dipelajari masa mengikuti kursus anjuran Dr. Azizan Osman sebelum ini.


Pesera-peserta yang hadir di Seminar SifuFBads

       Tepat pukul 8.15 Pagi, pintu dewan dibuka dan salah seorang dari krew memberi arahan supaya memberi laluan kepada ibu-ibu mengandung untuk masuk kedalam dewan terlebih dahulu bagi mengelakkan pelanggaran antara sesama peserta. Kemudian krew memberitahu supaya perempuan pula dibenarkan memasuki dewan."Boleh ke aku duduk sebelah wife aku ni?' tiba-tiba hati ini berkata sendiri. Tiba-tiba datang idea spontan "Awak, nanti duduk kat bahagian tepi perempuan tau, then kerusi lelaki yang kat sebelah tu awak booking siap-siap yer?" sempat juga saya berpesan pada wani last-last minit.

Dapat juga kami duduk bersebelahan...hehe

    Macam-macam perkara kami belajar di seminar ini. Ada perkara yang saya pelajari disini yang sebelumnya saya alpa ketika membuat iklan di FB. Antara perkara yang sangat penting itu adalah Copywriting Headline. Apa itu Copywriting Headline? Copywriting Headline adalah susunan ayat/perkataan yang kita gunakan untuk menarik perhatian pembaca/pembeli untuk membeli produk/perkhidmatan yang kita tawarkan. Pada waktu topik ini dibentangkan oleh Sifu Jamal (Tokey besar SifuFBads), mulut saya ternganga seluas-luasnya disebabkan saya tak pernah menitikberatkan hal ini didalam iklan saya. Kesan penguasaan Copywriting Headline ini tersangatlah besar sehingga mampu melonjakkan produk/perkhidmatan anda di FB setinggi LANGIT!.

Sesi perkongsian ilmu dari peserta lama SifuFBads

     Waktu rehat yang diberikan tengahari itu membuatkan kami terkejar-kejar. Mana taknya, keluar pukul 1 tengahari masuk semula pukul 2 petang, masa bila nak makan, nak solat. Step pertama kami adalah, jadi antara yang pertama yang keluar awal dari dewan ini! haha... 

      Ketika kami menjamu selera tengahari di luar dewan, tiba-tiba kelihatan beberapa peserta mengerumuni seorang wanita ini. Sayup-sayup penglihatan kami, kami dapat mengecam susuk tubuh ini bukan seorang yang asing bagi kami, Pn. Erna De'Xandra! kami pun tanpa  berlengah membasuh tangan dan bertemu dengan beliau. Rupa-rupanya beliau ni takderlah sombong seperti sesetengah orang yang popular. Ingat lagi apabila Pn Erna menghulur tangan ke Wani, Wani pun menjawab dengan muka tersipu-sipu"Alamak, tangan saya basah lagilah puan, tak payah salamlah". Pn erni tersenyum dan berkata "ahh, takper". Saya yang sedang memegang henfon untuk berselfie ni mula tersengih-sengih. "Puan, kita ambil gambar bersama yer?" kata Wani dan Puan Erna mengangguk tanda setuju.
Posing seorang yang pemalu...hehe

      Kami masuk semula kedewan seminar pada pukul 2.10 petang dalam keadaan lemah-longlainya. Kami menyambung pembelajaran kami disini sehingga ke malam. Rupa-rupanya ada satu slot khas didalam seminar ini iaitu perasmian buku dari Pn. Erna De'Xandra! Wow! tersangatlah bertuahnya kami apabila ada sekali didalam perasmian ini.
Berposing depan replika perasmian Buku Erna De'Xandra

Buku-Buku Erna De'Xandra turut dijual disini dengan harga promosi

        Seminar akhirnya tamat pukul 11.30malam. Tersangatlah letih dan tepunya otak ini dengan ilmu marketing. Jahat betul Sifu Jamal ni, dah tau otak kita boleh menampung memori kecil jer satu-satu masa, dia bleh sumbat berpuluh-puluh teknik pemasaran lak. Seronok tau seminar ni, kami syorkan sesiapa yang ingin menguasai ilmu marketing untuk datang ke Seminar macam ni.

Kenang-Kenangan, biar jer kat situ sampai esok..haha

      Sekian sahaja perkongsian kami pada hari ini, diharap para pembaca terhibur dengan kisah kami ini. Terima kasih kerana sudi membaca!

Friday 24 February 2017

JUBAH COTTON YANG DIPERKECILKAN

Assalamualaikum faruefian!

Anda suka memakai jubah? tapi masalah utamanya jubah yang dipakai sangat panas kerana material kain yang digunakan tidak serap peluh? Bila badan panas, hati pun jadi semakin panas, dan akhirnya semua orang disekeliling disembur api dari mulut naga berjubah. Last-last hati jadi fedup nak pakai jubah lagi dan kembali memilih seluar jeans. Maka terpadamlah niat untuk berjubah dan kembali berpakaian yang tidak menepati syariat. Salah siapa? salahkan jubah sebab panas? jubah x masuk neraka dik? hehe...

Elfaruefi ditubuhkan adalah bagi menyelesaikan masalah golongan-golongan berbadan panas dan juga berdarah panas ini. Kami juga sangat peka dengan rekaan yang menutup aurat dan menepati syariat, maksudnya dengan jubah ini sahaja anda dah boleh gunakan untuk bersolat.

Anda ingin tahu material kain apa yang kami gunakan bagi mengatasi masalah panas ini? COTTON, yer kain yang diperbuat dari COTTON. "Low Class lah pakai kain cotton ni, nampak murah, i tak pakailah jenis macam ni!" Yer memanglah murah, tapi dengan harga yang murah ini, anda tiada alasan lagi untuk tidak berpakaian secara sempurna. Anda juga tiada alasan untuk tidak memberi kemudahan kepada anak-anak anda supaya berpakaian sempurna ketika berada di luar. Tiada rekaan yang cantik? Kepakaran kami adalah mengeluarkan rekaan-rekaan pakaian yang mengikut trend semasa dan anda tidak akan malu untuk memakainya ketika diluar. Terdapat lebih dari 40 rekaan jubah dan blouse keluaran kami yang pasti memperlihatkan keanggunan si pemakainya.

Gambar  dibawah adalah antara rekaan keluaran el-Faruefi yang semakin laris dipasaran, ada yang masih ada stok, ada juga yang saiz dah habis dan ada juga yang stoknya sudah HABIS TERJUAL! jadi jangan banyak berfikir, whatsapp/call sahaja nombor admin di: 011-10950627 (WANI). Sekiranya anda terpilih dalam tawaran harga diskaun kami, anda sangat-sangat beruntung! Nak tau berapa harga untuk sehelai? boleh layari page Facebook kami di https://www.facebook.com/elfarueficouture/

STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

SOLD OUT!

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

 SOLD OUT!

 SOLD OUT!
 SOLD OUT!

 SOLD OUT!

 SOLD OUT!

 SOLD OUT!

 SOLD OUT!

 STOK MASIH ADA

 STOK MASIH ADA

STOK MASIH ADA

Terima kasih kerana sudi membaca dan melihat rekaan kami. :)

Thursday 5 January 2017

[NEW ARRIVAL]: JUBAH EL-LAISHA

         Assalam Faruefian semua! bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita sekali lagi menghirup udara yang segar dan melihat keindahan ciptaan Allah pada hari ini.

        Dimaklumkan bahawa kami ingin mengumumkan kepada anda semua berkenaan keluaran terbaru dari kami di Elfaruefi Couture iaitu JUBAH EL-LAISHA!



       Jubah ini didatangkan dengan empat warna yang sangat menarik, EMERALD GREEN, MAROON, DARK PURPLE dan DARK BROWN.

EMERALD GREEN

MAROON

DARK PURPLE

DARK BROWN

       Jangan ketinggalan untuk mendapatkan Jubah El-Laisha ini dengan harga promosi kami yang tersangat murah, hanya RM44.95 SAHAJA! (normal price: RM60.00). Rebut peluang ini selagi tawaran kami masih dibuka!

Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami, :)