Thursday 7 January 2016

CUBAAN BERNIAGA ONLINE YANG MENGHAMPAKAN

Assalam dan Selamat Pagi Faruefian!

Sebelum bercerita panjang terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Adzha, suami yang berbahagia Datin Seri Nurul Azwani merangkap CEO kepada Elfaruefi Couture. Maafkan saya, jangan panggil saya dengan gelaran Datuk kerana saya masih belum bercucu lagi, hehe...

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman pertama kali saya berniaga secara online yang boleh dijadikan pengajaran (bukan teladan yer?) kepada sesiapa yang ingin memulakan sesuatu perniagaan tidak kira secara online mahupun offline, atau dengan ertikata lain, JANGAN IKUT JEJAK LANGKAH SAYA!!!

Kisahnya bermula pada tahun 2014 apabila saya mula mencari-cari perniagaan yang boleh diketengahkan untuk perniagaan secara Online. Masa tu kepala asyik berfikir produk apa yang tengah meletup-letup dipasaran. Ideanya datang apabila saya lihat opismate saya menjual casing hp dengan keuntungan bersih yang diperolehnya adalah 3 kali ganda dari nilai modal yang dikeluarkan olehnya.

Setiap hari saya akan search di google model hp mana yang sesuai untuk diketengahnya penjualan casingnya. Dari SAMSUNG, IPHONE, ASUS dan macam-macam lagi sehingga terciptalah idea untuk menjual casing hp yang sedang hot dipasaran dan sangat 'rare' untuk ditemui oleh rakyat Malaysia. Casing bagi HP LENOVO P780. YER MODEL LENOVO!!! ish ish ish...



(Silicone TPU Back Cover)

Sebab apa saya pilih model ini untuk dijual? Ok ceritanya adalah disebabkan Case ini adalah Case yang boleh saya gunakan pada hp saya...hehe. Sebenarnya model P780 ni saya dah beli beberapa bulan lepas dan saya sangat bermasalah untuk mencari case hp untuk model ni. Harapannya kalau dah x laku nanti bolehla saya sendiri yang pakai case ni (pakailah kau sepuas-puasnya sekarang)..ish ish ish...

Kita berbalik semula kepada cerita kenapa saya pilih Case ini dan apa halatujunya. Pertama, sebab yang tadi juga, case susah untuk dicari, Kedua, saya nak jadi supplier pertama di Malaysia yang menjual case ini disebabkan tiada lagi pesaing yang menjual case ini. (Alasan yang kuat tu!) sebagai backup kepada perancangan saya ini, saya akan cuba menjual case ini di kedai-kedai hp dan di mana-mana downtown dengan keuntungan yang minimum asalkan stok yang saya ada ni habis.

Bermulalah babak-babak mencari supplier yang sesuai untuk membekalkan case hp ini. Merujuk pada mentor opismate saya tadi, dia cerita yang stok yang dibelinya adalah dari China, maksudnya saya juga perlu berurusan dengan supplier-supplier dari China untuk Case saya ni. OK FINE! faham ke diorang kalau saya berbahasa Inggeris? saya Inggeris pun hampir-hampir menghala kelaut apalagi nak berbincang bisnes dengan diorang. Saya buat keputusan, OK!! REDAH!!!

Saya menggunakan medium website alibaba.com untuk mencari supplier yang mampu memberi harga yang murah untuk saya pasarkan nanti. Cari punya cari berjumpalah saya dengan satu syarikat casing ni. Syarikat ni dia punya hebat, dia jual casing jer. tak percaya kan? tapi bila difikirkan semula, ada berapa banyak model hp kat dunia ni dan berapa puluh negara pula dia boleh jual? ok hebat cara diorang ni fikir dan tanggung risiko. Bincang dengan seller dia dan seller dia pun setuju untuk membekalkan casing hp ni ke Malaysia. saya buat pembayaran menggunakan kaedah kiriman wang 'WESTERN UNION' dan tunggu stok sampai.

Hampir sebulan juga dari tarikh saya pesan baru stok sampai. Sebab apa lama sangat? sebab saya pilih untuk dihantar secara percuma dan saya tak perlu menanggung kos tambahan untuk penghantaran. Dengan rasa terujanya saya memulakan perniagaan saya. Melalui page-page rasmi Fan Lenovo dan melalui mudah.my, Feedback penjualan agak memuaskan diperingkat awal, saya telah berjaya menjual 25 casing hp dalam tempoh 2 bulan. Namun apabila masuk bulan ke 3, hanya beberapa case sahaja yang saya dapat jual dan pada bulan-bulan seterusnya, case saya dah tak laku!!!

Cantik tak? 

Akhir kalam, kalau nak berniaga tu, tak kiralah secara online ke offline ke, pastikan permintaan pasaran anda kukuh. Sekian, bye!